Group Of Pictures (GOP)
dalam Mpeg video Format
ditulis oleh Tasek16
(diedit oleh gcloud untuk ruangan ini)
Kita selalu dengar perkataan
Mpeg video. Samada Mpeg 1, Mpeg2 dan sebagainya. Format video mpeg
adalah salah format yang amat popular. Mpeg video adalah adalah satu
format video yang telah dicompress untuk tujuan distribution samada
dalam bentuk CD/VCD/DVD. Adalah tidak praktikat untuk distribute
satu-satu format video dalam bentuk uncompresses. Ini kerana video yang
tidak dicomporess saiz dia sangat besar. Jadi satu compression sheme
digunakan untuk mengecilkan saiz video tanpa menjejaskan quality video
asal. Selain dari mpeg terdapat banyak format video yang digunakan
antaranya, h.264, divx.Xvid, Real Video, windows Media Video (wmv), dan
banyak lagi. Setiap format video ini dicompress dengan cara yang berbeza
tapi matlamat dia sama untuk mengecilkan saiz video untuk tujuan
distribution. Dalam kes ini saya hanya menerangkan secara ringkas
mengenai Mpeg video format. Mpeg video banyak digunakan dalam era video
digital, cth VCD, DVD dan penyiaran seperti Satelite TV (eg. Astro
dsbnya). Tapi untuk tujuan editing mpeg video adalah kurang sesuai. Ini
kerana cara video di encode sangat bebeza sebagai mana DV avi. Avi DV
setiap frame akan diencode dengan cara yang sama. Dalam kata lain avi DV
menggunakan kaedah I-frame encoding. Tapi untuk mpeg ia berpandukan GOP
(Group of picture. GOP mengandungi I-frame, B-frame dan P-frame or IBP)
Ok now apa maksud IPB frames tu:
OK kat bawah saya cuba explain seringkas dan semudah yang boleh dalam
BM.
I-frame:
I-frame atau intraframe dimana compressor akan memeriksa keseluruhan
data yang ada didalam frame tersebut dan membuat compression secara
keseluruhan. Contoh I frame dalam video adalah Avi dv yang mana bermula
dari frame pertama hingga frame terakhir compression dilakukan secara
individu tanpa merujuk frame yang terdahulu atau selepasnya. Jadi oleh
kerana setiap frame dicompress secara individu maka setiap frame akan
meghasilkan saiz filenya yang tersendiri. oleh sebab itu fail avi DV
adalah besar dan qualitynya amat baik...
P-frame:
P frame atau predicted frame atau satu frame dimana compressor akan
merujuk kepada I-frame so jika tiada sebarang perubahan data maka tiada
process berlaku BUT jika ada perubahan berlaku compressor akan membuat
process pada mana mana bahagia yang berubah sahaja di dalam satu frame.
Contoh katakan kita mengambil satu gambar video ...latar belakang di
dalam gambar itu adalah ganbar bangunan .Gambar bangunan di dalam video
tersebut adalah dalam keadaan pegun tetapi dalam video tersebut ada
orang berjalan dari kanan-kiri atau sebagainya. Jadi dalam P-frame
compressor akan memprocess hanya bahagian yang berubah sahaja iaitu
orang sedang berjalan dalam kata lain dalam p-frame hanya mengandungi
data bahagian yang berubah sahaja...So why buat macam tu.. Simple answer
is untuk jimatkankan terlalu banyak data di dalam satu-satu
frame so saiz akan menjadi kecik..so itu tujuan compression.
B-frame:
Bframe atau bi-directional frame, atau juga bi-directional predictive
frame pada asas nya sama seperti P-frame tetapi ia berpandukan kepada
frame sebelumnya atau selepas nya. Jadi di dalam B-frame hanya
mengandungi data untuk perubahan pada frame sebelum atau selepasnya.

(GOP illustration by http://www.ce.unipr.it)
So dalam mpeg contoh VCD PAL di dalam satu GOP mengandungi 15 frame
sbagai contoh IPPPBBIPPPBBBI. Teknik yang sama juga terpakai untuk mpeg2
DVD.So apa kena mengenanya dengan editing atau precise cutting? Ok here
the explaination:
Since dalam mpeg setiap frame dicompress/diencode dengan cara yang
berlainan, sesetengah video editing hanya membaca pada I-frame maksudnya
macam ini. Katakan kita nak cut pada frame 250 tetapi pada frame ini ia
dicompress dengan menggunkan P frame. Dalam P frame hanya mengandungi
data yang tidak complete so bila kita pause pada frame 250 video editing
akan pause ke frame 254 misalnya katakan dalam frame 254 adalah I frame
sebab dalam frame ini mengandungi data yang complete untuk saru frame.
So that's why bila kita pause frame akan di "jump" ke I frame...Ok itu
masalah pertama. Kedua since frame dalam mpeg di compress dengan cara
berbeza ini membuatkan CPU terpaksa bekerja keras menganalisa setiap
frame sebelum frame tersebut di decode atau dipaparkan discreen computer.
Jadi bila kita buat "scrubbing" pada timeline di video editor ia tidak
smooth dan kadang kala tersangkut dan boleh jadi pc hang. ia kerana bila
kita buat scrubbing ia dilakukan dengan cepat so dalam masa yang cpu
menjadi "letih" untuk menganalisa di setiap frame dengan begitu cepat.
berbanding dengan Avi dv semua frames adalah I frame jadi decoder tak
susah-susah nak menganalisa setiap satu frame macam mpeg.
Dalam kes di atas itu sebabnya bila kita edit dalam mpeg process menjadi
slow termasuk semasa proses rendering. Sebagai contoh bila kita edit
video mpeg 1 / 2 dalam pinnacle studio misalnya ia agak lambat kadang
kala boleh hang begitu juga masa rendering. Dalam adobe premiere kita
tidak boleh edit mpeg file ...mungkin adobe tidak memasukkan mpeg
decoder dalam premiere so kita tidak boleh edit mpeg dalam premiere
KECUALI kita install third party mpeg plugin.
Walaubagaima pun bukan semua editor tidak boleh edit mpeg file secara
smooth dan dengan baik. Dalam kes ni saya dah cuba satu sofware yang
capable edit atau buat precise cutting dengan tepat untuk mpeg file
video iaitu Womble Mpeg Video Wizard
Software ini capable untuk handle mpeg file semasa editing dengan baik
dan lancar.Sebab apa??? sebab dalam software ini mempunyai special
algorithm yang membolehkan semua frame dalam mpeg ditafsirkan sebagai
I-frame.