![]() |
|
Video Editing Tutorial. Salam sejahtera kepada pengunjung laman ini. Tanpa disedari sudah hampir dua tahun laman ini berada di alam siber. Pada peringkat awal tujuan saya mewujudkan laman ini adalah untuk memudahkan saya menjawab pertanyaan yang serupa yang saya banyak terima melalui email. Jadi setelah hampir dua tahun laman ni saya bercadang nak buat "renew" pada laman ini. InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan tambah beberapa ruangan baru untuk dikongsi bersama. Saya juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk artikel atau tutorial untuk dimasukkan di dalam laman ini. Suka saya nyatakan di sini video editing merupakan campuran seni dan sains teknologi. Ia sentiasa berkembang dan segalanya sentiasa berubah dari masa ke semasa. Jadi semua peminat video editing seharusnya mencari banyak sumber yang lain untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini. Apa yang saya terangkan di laman ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang tidak seberapa. Jika ada teknik dan tips yang lebih baik seharusnya peminat video editing belajar dari sumber tersebut.. Akhir sekali jutaan terima kasih saya kepada Encik Shanai (www.putera.com) kerana dengan adanya laman forum IT beliau laman ini juga mendapat tempias yang banyak. Dibawah ini adalah senarai tutorial/tips yang telah saya hasilkan dengan sebaik mungkin. Jika anda ada tips/tutorial yang ingin dimasukkan di dalam ruangan ini sila hubungi saya. InsyaAllah saya akan masukkan ke laman ini. InsyaAllah saya akan tambah tips/tutorial dari masa ke semasa untuk peminat video editing semua.
Akan ditambah dari masa ke semasa... Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila email saya . InsyaAllah saya cuba membantu sekiranya mampu. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© 2000 - 2007 - www.gcloud.com |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||